Creatively Innovates your Dream

Pengenalan Syarikat

Arifaz Creative Sdn Bhd telah diperbadankan pada tahun 2017. Aktiviti utama syarikat adalah percetakan & pengeluaran bakeri.

Kami secara kreatif menginovasi produk yang mana pemprosesannya boleh menggabungkan atau tidak kedua – dua aktiviti utama syarikat.

Kami menumpukan pada pengeluaran produk berkapasiti tinggi dengan kecekapan produktiviti bagi memastikan margin yang baik untuk setiap produk keluaran syarikat.

Kami percaya bahawa penyesuaian kepada teknologi adalah penting untuk membolehkan syarikat berkembang. Oleh kerana itu, kami membangunkan sistem dalaman (susun.my) untuk mengurus dan menyusun tugasan dari proses pertama hingga siap diterima oleh pelanggan.

Ucapan Pengarah

Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Kami akan sentiasa berusaha untuk mengeluarkan produk yang berkualiti dan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk merealisasikan “impian” pelanggan kami.

Sejarah Penubuhan

2010
Permulaan

Bermula dari rumah, Pn Fadz mula berjinak-jinak dalam servis rekabentuk kad perkahwinan. Reka bentuk kad perkahwinan dipromosikan di ruangan Facebook setiap hari. Proses cetakan pula diuruskan oleh 'runner' percetakan untuk menghasilkan percetakan.
Ceriakadkahwin dijenamakan

2011
Penghasilan

Produk cenderamata perkahwinan mula dikeluarkan. Produk pertama yang dihasilkan secara kecil-kecilan juga dari rumah adalah Praline Chocolate.
Humaira Goodies dijenamakan

2012
Perpindahan

Operasi dari rumah di tingkat 6, Flat PKNS seksyen 7 Shah Alam dihentikan atas kekangan logistik dan pertambahan permintaan.

Operasi dimulakan di rumah 2 tingkat di seksyen U12 Shah alam. Produk doorgift mula divariasikan dengan popcorn & muffin.

2015
Ruang Pameran Pertama

 Ruang pameran berpindah ke Ken Rimba, Shah Alam.

Syarikat mengalami kemerosotan perniagaan yang teruk. Pn Fadz menyambung pelajaran ke peringkat PhD. Manakala, En Ariff, suami kepada Pn Fadz mengambil keputusan untuk berhenti bekerja dan menumpukan kepada pengurusan syarikat.

2017
Pendaftaran

Aktiviti pemasaran melalui "paid marketing" dan kemerosotan jualan berjaya diatasi. Puan Fadz juga mengambil keputusan utk tidak meneruskan pengajian selepas kelahiran anak ketiga dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada operasi syarikat.


Syarikat juga menumpukan kepada percetakan kotak pembungkusan produk untuk usahawan lain juga percetakan buku agama di bawah jenama YassinLover


Syarikat Arifaz Creative Sdn Bhd diperbadankan pada 27 September 2017 bersempena dengan nama mereka berdua.
Humaira Goodies dijenamakan sebagai Humairagift
YassinLover dijenamakan
Printing production house dibuka di Pudu

2018
Production House

Syarikat mula meningkatkan pengeluaran produk bakeri dengan menambah unit kedai bagi penghasilan produk bakeri untuk dijadikan doorgift.
Bakery Production House di Ken Rimba

2019
1 Juta Pertama

Penghantaran ke seluruh semenanjung HumairaGift meraikan jualan mencecah 1 juta 

2020
Pandemik

Mac 2020 Pendemik Covid-19 melanda negara. Syarikat bertahan sepanjang pandemik dengan memasarkan produk penjagaan kesihatan dibawah jenama SmartCare dan perkhidmatan sewaan kolam utk kanak-kanak dibawah jenama Moshikids.
SmartCare dijenamakan
Moshikids dijenamakan

2021
Naik Taraf

Syarikat menaiktaraf sistem pengurusan tempahan dalaman syarikat di bawah jenama "susun.my" bagi meningkatkan efisiensi pengeluaran dan dan memastikan pegurusan kos adalah efektif.
"SUSUN.MY" dijenamakan

2022
Centralize

"Centralize Production House" dibuka selepas menyewa gudang seluas 18000sq di Shah Alam.

2023
Perkembangan

Syarikat fokus untuk mengembangkan jenama HumairaGift dan dengan pembukaan cawangan baru di Ipoh dan Johor .

Visi & Misi

Nilai Syarikat

NILAI-1