Creatively Innovates your Dream

ARIFAZ CREATIVE SDN. BHD.

Ariff Amri Ahmad Buridah merupakan anak jati Negeri Perak. Beliau mula berkecimpung dalam industri reka bentuk dan percetakan sejak dari tahun 2006. Beliau melihat potensi diri untuk membina perniagaan ini dan mengambil peluang untuk membuktikan pada orang ramai bahawa membuat jualan secara ‘Face to Face’ juga mampu menghasilkan keputusan yang cemerlang jika diberikan fokus dan konsisten.

Beliau juga amat menitik beratkan fasa menjadi pengurus dalam membina sesebuah pasukan. Peluang ini tidak mudah untuk diperolehi dan beliau percaya usaha ini boleh menarik minat anak muda untuk menjadi usahawan berjaya.

Nor Fadzilah Zaidi juga merupakan seorang anak jati Negeri Perak. Beliau mula berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak dari tahun 2005. Beliau yang ketika itu menjalankan perniagaan madu asli dan madu kelulut di Perak merupakan pengarah Humaira Honey Sdn. Bhd. Beliau mula mengembangkan perniagaan madu yang dimilikinya dengan menjadikan produk-produk tersebut sebagai cenderamata perkahwinan. 

Kini, beliau memfokuskan kepada jualan cenderamata perkahwinan setelah melihat potensi perniagaan ketika itu yang semakin memberangsangkan. Produk-produk cenderamata ini juga telah diberi nama baharu iaitu HumairaiGift. Sehingga hari ini lebih 20 jenis produk telah dikeluarkan dan hampir 3juta unit produk telah terjual.